Banjir Di Baling | JBPM Kedah selamatkan 11 mangsa terperangkap

2022-07-05 0

Pasukan Bomba Dan Penyelamat berjaya membantu memindahkan tiga keluarga dari Kampung Belakang Sekolah dekat Kupang yang terperangkap dalam kejadian banjir di Baling.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, kesemua 11 mangsa itu berjaya dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sheik Sheh kira-kira jam 2.30 pagi.